Sunday, October 30, 2011

Kad Cinta

Salam wrt wbt

Apabila dah lama dalam suatu group usrah itu, pasti ikatan sesama ahlinya menjadi semakin erat kan :)) setuju tak?



Jadi, untuk lebih menghangatkan ukhuwwah itu, mari kita membuat kad cinta
Simple sahaja tapi sangat menyentuh hati insya Allah :)

Bahan-bahan :
1. Kertas berwarna / kad
2. Hiasan kad
3. Gam

Cara-cara :

  1. Minta setiap orang memilih kertas warna yang mereka suka
  2. Minta cabut nama 1 orang 
  3. Buat kad dalam masa 5 minit :) untuk orang tersebut
  4. Berikan kad kepada pemiliknya & minta dia bacakan kad tersebut 
Pengajaran / Objektif :

1.Mengeratkan lagi ukhuwwah.
saya pernah mendapat kad cinta ini. rasa sangat terharu, even ada yang sampai mengalirkan air mata. T,T. itulah kelebihan usrah berbanding gathering2 yang lain. Usrah menyatukan hati, kerana Allahlah yang akan menautkan hati-hati orang yang beriman. sesungguhnya. ukhuwwah berlandaskan iman itu akan sangat2 terasa di hati!~~
cuba bayangkan keadaan ukhuwwah kita waktu 1st time kita start usrah & sekarang. mesti ada terasa perbezaannya kan? itulah usrah. :)

2. Kalau sayang, kene cakap tau! ^^ 
saya tak ingat quote dari mana yang kata.. "kalau kita sayang seseorang, kita perlu bagi tahu"

3. Menjaga Masa & Mampu Berdikari
keduanya adalah daripada 10 Muwasafat Tarbiyah kita kan.
instead of membeli kad, kita boleh mendidik diri kita untuk membuat kad sendiri, which mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi bagi penerimanya :) betul kan? ^^
masa yang diberi selama 5 minit mengajar diri kita untuk berifkir pantas & mematuhi arahan :)

alhamdulillah :) bestnya tarbiyah~

No comments:

Post a Comment