Thursday, December 8, 2011

Saya Nak Hadiah Itu :)

Salam wrt wbt :)

insya Allah hari ni nak kongsi tentang satu games yang simple tapi insya Allah dapat memberi kesan kepada kita semua :) biiznillah.




Bahan :
1. Hadiah daripada naqib/naqibah (tak kisah hadiah apa-apapun ^^) - bilangan mengikut ahli bilangan ahli usrah.

Steps :
1. Letak semua hadiah di tengah bulatan. Minta semua melihat & membuat keputusan untuk mengambil hadiah mana yang berkenan di hati
2. Minta mereka ambil hadiah masing2
3. Then, minta mereka passkan hadiah  tersebut ke sebelah
 [time ni, ahli2 usrah mesti akan rasa keberatan untuk menyerahkan hadiah mereka] :)

Pengajaran :
1. Sanggup berkorban - ithar adalah setinggi-tinggi ukhuwwah - berkorban hanya akan dapat dilakukan apabila bermula dgn taaruf, tafahum, takaful. semuanya adalah buah daripada keimanan

2. Lapang dada adalah serendah2 ukhuwwah - jadi, betulkan niat sepanjang masa :) insya Allah, Allah mengganjarkan pahala yang beribu-ribu lemon!~~

*hari tu, saya belikan adek usrah stokin tebal comel sempena winter :) hehehe..

Monday, November 28, 2011

stick-on-ME :)

Salam wrt wbt




Bahan-bahan :
1. Stick on note
2. Pen

Cara-cara :
*Buat bulatan besar..
1. Setiap orang ambil 1 atau 2 keping stick-on-note
2. Pusing ke kiri & tampakan stick-on-notes di belakang kawan anda
3. Tuliskan 1 perkara tentang kawan anda di atas stick-on-note itu :)  
* POZOR! : tidak boleh menulis tentang perkara yang sama di atas kertas yang sama!~~

4. Semua berkumpul dalam bulatan semula :)
5. Minta orang ambilkan stick-on-note di belakang anda
6. Masing2 perlu share perkara yang dia rasa paling BETUL & TAK BETUL dengan dirinya :)

Pengajaran :
Taaruf untuk ukhuwwah! :) 

Sunday, October 30, 2011

Kad Cinta

Salam wrt wbt

Apabila dah lama dalam suatu group usrah itu, pasti ikatan sesama ahlinya menjadi semakin erat kan :)) setuju tak?



Jadi, untuk lebih menghangatkan ukhuwwah itu, mari kita membuat kad cinta
Simple sahaja tapi sangat menyentuh hati insya Allah :)

Bahan-bahan :
1. Kertas berwarna / kad
2. Hiasan kad
3. Gam

Cara-cara :

  1. Minta setiap orang memilih kertas warna yang mereka suka
  2. Minta cabut nama 1 orang 
  3. Buat kad dalam masa 5 minit :) untuk orang tersebut
  4. Berikan kad kepada pemiliknya & minta dia bacakan kad tersebut 
Pengajaran / Objektif :

1.Mengeratkan lagi ukhuwwah.
saya pernah mendapat kad cinta ini. rasa sangat terharu, even ada yang sampai mengalirkan air mata. T,T. itulah kelebihan usrah berbanding gathering2 yang lain. Usrah menyatukan hati, kerana Allahlah yang akan menautkan hati-hati orang yang beriman. sesungguhnya. ukhuwwah berlandaskan iman itu akan sangat2 terasa di hati!~~
cuba bayangkan keadaan ukhuwwah kita waktu 1st time kita start usrah & sekarang. mesti ada terasa perbezaannya kan? itulah usrah. :)

2. Kalau sayang, kene cakap tau! ^^ 
saya tak ingat quote dari mana yang kata.. "kalau kita sayang seseorang, kita perlu bagi tahu"

3. Menjaga Masa & Mampu Berdikari
keduanya adalah daripada 10 Muwasafat Tarbiyah kita kan.
instead of membeli kad, kita boleh mendidik diri kita untuk membuat kad sendiri, which mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi bagi penerimanya :) betul kan? ^^
masa yang diberi selama 5 minit mengajar diri kita untuk berifkir pantas & mematuhi arahan :)

alhamdulillah :) bestnya tarbiyah~

Friday, March 11, 2011

SPONTAN

Kadangkala Tarbiyyah Boleh Datang Dalam Bentuk Game Juga

Jom kita main satu game. Ajak empat ke lima orang rakan-rakan anda (lebih pon ok juge). Cari tempat yang selesa untuk duduk, contohnya di bawah pohon yang rendang atau di tepi tasik Chini luas mata memandang. Kemudian duduk bersila, lantik seorang pengacara majlis. Pengacara majlis itu hendaklah memulakan acara dengan berkata, "Kita mulakan dengan Ummul Kitab al-Fatihah." Wah sungguh cliche di situ. Dan terus sahaja anda memulakan Bulatan Gembira. Wahahaha. Eh.

Bukan bukan. Bagus juga untuk main game ini ketika berbulatan gembira. Tapi kalau mahu main game ini, bila-bila dan di mana-mana pon ok sahaja. Game ini sekejap sahaja. Begini. Sediakan lima kepingan kertas kecil (sekiranya jumlah pemain lima orang) dan tulis perkataan-perkataan pada kepingan kertas tersebut (satu perkataan pada satu keping kertas):
  1. Hiburan
  2. Cinta
  3. Fesyen/Gaya hidup
  4. Ekonomi/Politik
  5. Islam
(Nota: Boleh juga nak tulis lebih daripada lima, Bergantung kepada kreativiti anda dan jumlah pemain. Tapi 'Islam' wajib ada) 


Kemudian lipatkan kepingan kertas tersebut dan beri kepada setiap seorang pemain tanpa mereka melihat apa yang ditulis. Cara bermain:
  1. Lantik seorang untuk memulakan permainan
  2. Pemain tersebut akan menyebut perkataan yang ditulis pada kepingan kertasnya dengan suara lunak dan merdu yang boleh didiengari dengan jelas oleh semua orang
  3. Pemain-pemain lain dengan pantas perlu menyebut satu perkataan yang ada kaitan dengan perkataan yang disebut. Contoh, pemain pertama menyebut perkataan 'Hiburan!' Maka pemain lain dengan pantas hendaklah menyebut apa-apa sahaja yang terlintas di kepala mereka yang ada hubungan saudara-mara dengan hiburan. Contoh, "Siti Nurhaliza!" Atau "Tengok wayang!" Atau "Melancong!" (Eh tapi ketika permainan, janganlah bagi contoh ni kepada para pemain, nanti spoillah game ni!)
  4. Habis perkataan pertama, pemain kedua pula yang akan menyebut perkataan yang ditulis pada kepingan kertasnya dan ulang langkah 3
  5. Permainan tamat apabila semua orang sudah menyebut perkataan yang ditulis pada kepingan kertas mereka
(Nota: Kalau anda rajin, boleh juga catat perkataan/frasa yang keluar daripada mulut para pemain sebagai respon kepada perkataan-perkataan yang ditulis pada kepingan kertas)


Selamat mencuba! Dan kalau anda dah main game ni, minta jasa baik anda meninggalkan komen pada post ini dan tulis apa respon rakan-rakan/hadek-hadek anda.


Eh anda kena main game ni tahu..? Kalau tak main anda tak boleh baca pengajaran game ini yang akan saya tulis nanti! Wahahahaha.. Senyum lebar tetapi bergaya.


Cheerios! 


Eh eh, kejap-kejap. Macam mana nak eksplen kat rakan-rakan/hadek-hadek anda apa pengajaran game ni kan...?? Emm. Emm. Oh ha! Cakap je la kat diorang anda akan bagi pengajaran pada perjumpaan akan datang..! Wahahaha.. Kiranya memang kena main game ni masa bulatan gembira la kan..?? Oh sungguh kool..!


Senyum sambil mengenyit mata.


-gabbana-

 SUMBER~

Tuesday, February 1, 2011

hadis 3


BANGUNAN ISLAM KAMI.. TEGUH! insya Allah =)

untuk membina sebuah bangunan islam yg sebenar itu, tiangnya perlulah kuat & teguh agar badai futur, taufan jahiliyyah tidak bisa sama sekali dpt meruntuhkannya. inilah yg perlu kita sampaikan agar tiang-tiang mereka juga teguh insya Allah.. [ibrah dr hadis 3]

barang : kertas yg dah gune, gunting, selotep

cara :
  1. setiap ahli usrah perlu mendirikan sebuah bangunan yg teguh *(keteguhan akan diuji dengan meniup setiap bangunan beramai2.. mcm tiup kek bday tu! hehe..) 
  2. masa diberi hanya 5 minit! (muwasafat tarbiyah : tersusun urusannya! hehe.. insya Allah)
  3. setiap bangunan bersedia untuk diuji
  4. tangkap gambar ramai2 bersama bangunan masing2.. hehe.
pengajaran :
  1. hadis 3 : islam dibina atas 5 tiang.. tiang ini perlulah teguh agar setiap badai yg melanda keimanan, tidak akan dpt menumbangkan tiang2 ini
  2. bila tiang2 @ base ini dah teguh.. org ini akan faham islam.. dan mudah untuk melaksanakannya..
  3. inilah yg kita nak dakwahkan kpd org lain.. iaitu islam (aqidah).. sbb benda ni core dlm tarbiyah kita insya Allah.once dah kenal siapa Allah, siapa dirinya, apa tujuan hidupnya.. pasti org2 ini akan menjadi org yg hebat! insya Allah..