Friday, March 11, 2011

SPONTAN

Kadangkala Tarbiyyah Boleh Datang Dalam Bentuk Game Juga

Jom kita main satu game. Ajak empat ke lima orang rakan-rakan anda (lebih pon ok juge). Cari tempat yang selesa untuk duduk, contohnya di bawah pohon yang rendang atau di tepi tasik Chini luas mata memandang. Kemudian duduk bersila, lantik seorang pengacara majlis. Pengacara majlis itu hendaklah memulakan acara dengan berkata, "Kita mulakan dengan Ummul Kitab al-Fatihah." Wah sungguh cliche di situ. Dan terus sahaja anda memulakan Bulatan Gembira. Wahahaha. Eh.

Bukan bukan. Bagus juga untuk main game ini ketika berbulatan gembira. Tapi kalau mahu main game ini, bila-bila dan di mana-mana pon ok sahaja. Game ini sekejap sahaja. Begini. Sediakan lima kepingan kertas kecil (sekiranya jumlah pemain lima orang) dan tulis perkataan-perkataan pada kepingan kertas tersebut (satu perkataan pada satu keping kertas):
  1. Hiburan
  2. Cinta
  3. Fesyen/Gaya hidup
  4. Ekonomi/Politik
  5. Islam
(Nota: Boleh juga nak tulis lebih daripada lima, Bergantung kepada kreativiti anda dan jumlah pemain. Tapi 'Islam' wajib ada) 


Kemudian lipatkan kepingan kertas tersebut dan beri kepada setiap seorang pemain tanpa mereka melihat apa yang ditulis. Cara bermain:
  1. Lantik seorang untuk memulakan permainan
  2. Pemain tersebut akan menyebut perkataan yang ditulis pada kepingan kertasnya dengan suara lunak dan merdu yang boleh didiengari dengan jelas oleh semua orang
  3. Pemain-pemain lain dengan pantas perlu menyebut satu perkataan yang ada kaitan dengan perkataan yang disebut. Contoh, pemain pertama menyebut perkataan 'Hiburan!' Maka pemain lain dengan pantas hendaklah menyebut apa-apa sahaja yang terlintas di kepala mereka yang ada hubungan saudara-mara dengan hiburan. Contoh, "Siti Nurhaliza!" Atau "Tengok wayang!" Atau "Melancong!" (Eh tapi ketika permainan, janganlah bagi contoh ni kepada para pemain, nanti spoillah game ni!)
  4. Habis perkataan pertama, pemain kedua pula yang akan menyebut perkataan yang ditulis pada kepingan kertasnya dan ulang langkah 3
  5. Permainan tamat apabila semua orang sudah menyebut perkataan yang ditulis pada kepingan kertas mereka
(Nota: Kalau anda rajin, boleh juga catat perkataan/frasa yang keluar daripada mulut para pemain sebagai respon kepada perkataan-perkataan yang ditulis pada kepingan kertas)


Selamat mencuba! Dan kalau anda dah main game ni, minta jasa baik anda meninggalkan komen pada post ini dan tulis apa respon rakan-rakan/hadek-hadek anda.


Eh anda kena main game ni tahu..? Kalau tak main anda tak boleh baca pengajaran game ini yang akan saya tulis nanti! Wahahahaha.. Senyum lebar tetapi bergaya.


Cheerios! 


Eh eh, kejap-kejap. Macam mana nak eksplen kat rakan-rakan/hadek-hadek anda apa pengajaran game ni kan...?? Emm. Emm. Oh ha! Cakap je la kat diorang anda akan bagi pengajaran pada perjumpaan akan datang..! Wahahaha.. Kiranya memang kena main game ni masa bulatan gembira la kan..?? Oh sungguh kool..!


Senyum sambil mengenyit mata.


-gabbana-

 SUMBER~