Thursday, December 8, 2011

Saya Nak Hadiah Itu :)

Salam wrt wbt :)

insya Allah hari ni nak kongsi tentang satu games yang simple tapi insya Allah dapat memberi kesan kepada kita semua :) biiznillah.




Bahan :
1. Hadiah daripada naqib/naqibah (tak kisah hadiah apa-apapun ^^) - bilangan mengikut ahli bilangan ahli usrah.

Steps :
1. Letak semua hadiah di tengah bulatan. Minta semua melihat & membuat keputusan untuk mengambil hadiah mana yang berkenan di hati
2. Minta mereka ambil hadiah masing2
3. Then, minta mereka passkan hadiah  tersebut ke sebelah
 [time ni, ahli2 usrah mesti akan rasa keberatan untuk menyerahkan hadiah mereka] :)

Pengajaran :
1. Sanggup berkorban - ithar adalah setinggi-tinggi ukhuwwah - berkorban hanya akan dapat dilakukan apabila bermula dgn taaruf, tafahum, takaful. semuanya adalah buah daripada keimanan

2. Lapang dada adalah serendah2 ukhuwwah - jadi, betulkan niat sepanjang masa :) insya Allah, Allah mengganjarkan pahala yang beribu-ribu lemon!~~

*hari tu, saya belikan adek usrah stokin tebal comel sempena winter :) hehehe..