Friday, November 12, 2010

binaa islam

"ok..semua orang diberi 3 kali atempt untuk jatuhkan susunan 3 selipar yg ditegakkan kat hujung sana. anda kena jatuhkannya dengan selipar warna coklat ni, baling sehingga roboh "

tak sampai beberapa minit ada tangan-tangan yang berjaya menjatuhkan susunan selipar tersebut... ya kerana mereka membaling tepat mengena titik kelemahan binaan itu. maka ahli-ahlinya berlarian, kini misi mereka untuk menegakkan kembali binaan itu setelah tangan mereka sendiri yang merobohkannya...

pihak mereka merencana strategi agar binaan itu berjaya mereka tegakkan sedang ahli-ahli musuh pun merencana untuk menghalang ahli-ahli mereka menegakkannya. musuh itu mahu mereka semua mati..agar tiada siapa pun yang berjaya menegakkan binaan itu semula.

namun kematian itu tidak menakutkan mereka... kerana cita-cita mereka adalah biar tangan-tangan mereka menjadi tangan yang pernah berusaha menegakkannya walau mungkin nyawa mereka melayang dengan sentuhan senjata selipar di badan mereka.

ada yang berusaha menjauhkan pandangan musuh agar ahli-ahli yang lain mampu berkejaran untuk tinggikan binaan itu...namun bila merasakan tangan-tangan musuh makin menghampiri untuk membinasakan mereka... maka mereka mula berlari menjauh dari binaan itu...

bukan kerana takut. Malah mereka bangga untuk mati. Namun mereka perlu kembali menyelamatkan diri untuk menyusun strategi kembali agar punya lebih waktu alihkan perhatian musuh.

namun dalam perjuangan untuk menegakkan binaan itu ada yang akhirnya terkorban... dengan bilangan yang sedikit mereka perlu lebih bijak merencana dan keazaman perlu lebih tinggi dari sebelumnya kerana hanya tinggal mereka untuk memperjuangkannya.

namun antara ahli nya itu ada yang berlarian kerana mengelak daripada syahid...jarang sekali menjenguk dan berusaha untuk menegakkan binaan itu... namun akhirnya dia juga mati kerana pejuang-pejuang itu akhirnya syahid semuanya...


namun ada kala nya kemenangan itu berpihak buat mereka sedang di antara ahli-ahlinya ada yang mengelat ketika berjuang... tak sanggup berkorban dan terkorban namun pulang bersorak andai kemenangan berpihak kepada kumpulannya seakan-akan dialah pejuang mulia.

yang mana satu watak kita?

Auckland, Domain.

Sunday, October 31, 2010

Aku Cinta Allah

salam wrt wbt.. =)




Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang kau sayang
Yang kau rindukan
Yang kau cintai

Aku lemah tanpamu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku tolongku
Ya Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah

Friday, October 22, 2010

kisah sahabat

salam wrt wbt..

KISAH SAHABAT


menggilap bakat pemimpin ummah


peralatan :
1. kertas
2.pen marker

pre-usrah :
1.naqibah memilih 2 org sahabat nabi. sbg contoh : salman al-farisi dan abu zar al-ghifari. sediakan artikel ttg 2 org sahabat ini.

semasa usrah :
1. bahagikan anak usrah kpd 2 kumpulan
2. setiap kumpulan akan memilih seorang sahabat
3. mereka diminta untuk membentangkan ttg sahabat ini di hdapan usrahmates yang lain
4. mereka jg perlu menyoal sahabat2 unt menguji kefahaman (mungkin naqibah boleh menyediakan hadiah kecil for fun =) )
5. jgn lupe muwasofat kite : menjaga masa.. oleh itu, naqibah perlulah mengsetkan masa agar tidak dragging insya Allah

advantage :
- melatih public speaking
- melatih kerjasama
- sesuatu yg baru. instead of mendengar naqibah bercakap.
- aktiviti yg bergerak2 =)