Friday, November 12, 2010

binaa islam

"ok..semua orang diberi 3 kali atempt untuk jatuhkan susunan 3 selipar yg ditegakkan kat hujung sana. anda kena jatuhkannya dengan selipar warna coklat ni, baling sehingga roboh "

tak sampai beberapa minit ada tangan-tangan yang berjaya menjatuhkan susunan selipar tersebut... ya kerana mereka membaling tepat mengena titik kelemahan binaan itu. maka ahli-ahlinya berlarian, kini misi mereka untuk menegakkan kembali binaan itu setelah tangan mereka sendiri yang merobohkannya...

pihak mereka merencana strategi agar binaan itu berjaya mereka tegakkan sedang ahli-ahli musuh pun merencana untuk menghalang ahli-ahli mereka menegakkannya. musuh itu mahu mereka semua mati..agar tiada siapa pun yang berjaya menegakkan binaan itu semula.

namun kematian itu tidak menakutkan mereka... kerana cita-cita mereka adalah biar tangan-tangan mereka menjadi tangan yang pernah berusaha menegakkannya walau mungkin nyawa mereka melayang dengan sentuhan senjata selipar di badan mereka.

ada yang berusaha menjauhkan pandangan musuh agar ahli-ahli yang lain mampu berkejaran untuk tinggikan binaan itu...namun bila merasakan tangan-tangan musuh makin menghampiri untuk membinasakan mereka... maka mereka mula berlari menjauh dari binaan itu...

bukan kerana takut. Malah mereka bangga untuk mati. Namun mereka perlu kembali menyelamatkan diri untuk menyusun strategi kembali agar punya lebih waktu alihkan perhatian musuh.

namun dalam perjuangan untuk menegakkan binaan itu ada yang akhirnya terkorban... dengan bilangan yang sedikit mereka perlu lebih bijak merencana dan keazaman perlu lebih tinggi dari sebelumnya kerana hanya tinggal mereka untuk memperjuangkannya.

namun antara ahli nya itu ada yang berlarian kerana mengelak daripada syahid...jarang sekali menjenguk dan berusaha untuk menegakkan binaan itu... namun akhirnya dia juga mati kerana pejuang-pejuang itu akhirnya syahid semuanya...


namun ada kala nya kemenangan itu berpihak buat mereka sedang di antara ahli-ahlinya ada yang mengelat ketika berjuang... tak sanggup berkorban dan terkorban namun pulang bersorak andai kemenangan berpihak kepada kumpulannya seakan-akan dialah pejuang mulia.

yang mana satu watak kita?

Auckland, Domain.

No comments:

Post a Comment